Saturday, 4 May 2013

MAKRO PENGAJARAN (Pengawetan Makanan - Sains Tahun 6)


"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"


Bahagian 1:



Bahagian 2:








Tutorial Pengawetan Makanan (Soalan Objektif)

"Percaya pada diri anda dan kata-kata ini!"


Tutorial 1
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

1) Antara berikut yang manakah menyebabkan makanan menjadi rosak?

i. Kulat     ii. Cahaya Matahari     iii. Air     iv. Bakteria

A i dan iii     B i dan iv     C ii dan iii     D ii dan iv

2) Manakah antara berikut tidak diperlukan oleh bakteria dan kulat untuk membiak?

A air dan udara
B cahaya matahari
C keasidan yang sesuai dalam persekitaran
D suhu yang sesuai dalam persekitan

3) Antara yang berikut, yang manakah merangsang pembiakan bakteria dan kulat pada makanan?

A lembap dan sejuk
B lembap dan sederhana panas
C kering dan sejuk
D kering dan sederhana panas

4) Antara makanan berikut, yang manakah akan berkulat apabila rosak?

A ikan
B roti
C daging
D susu

5) Berikut adalah tiga jenis makanan:

  • Beras
  • Tepung
  • Ikan bilis
Apakah yang menyebabkan makanan tersebut tahan lama?

A kehadiran udara
B ketiadaan garam
C ketiadaan air
D kahadiran cahaya matahari

______________________________________________________________________

Tutorial 2

1) Senarai di bawah menunjukkan dua kaedah pengawetan makanan
  • Pendinginan
  • Pengetinan
Antara berikut,yang manakah boleh diawetkan melalui kedua-dua kaedah ini?

A susu
B telur
C nanas
D beras

2) Antara berikut, yang manakah boleh diawet melalui pengetinan?

i. Daging     ii. Ikan     iii. Roti     iv. Telur

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

3) Apakah tujuan pengawetan makanan?

A Untuk menghasilkan lebih banyak makanan.
B Untuk menjadikan makanan lebih murah.
C Untuk membolehkan makanan tahan lebih lama.
D Untuk mengelakkan keracunan makanan.

4) Makanan diawet dengan memanaskannya pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma.

Antara berikut yang manakah melibatkan proses ini?

A Penyejukbekuan
B Pengetinan
C Pengasinan
D Penjerukan

5) Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah sesuai untuk mengawet sayur-sayuran dan telur?

A Pengetinan
B Pendinginan
C Pengeringan
D Pempasteuran

____________________________________________________________________
 
~SELAMAT MENCUBA~



Friday, 3 May 2013

Contoh Pembotolan Makanan dalam Tin (Sardin)



Saksikan sendiri bagaimana mesin pengetinan ini berfungsi dengan efektif untuk mengetinkan ikan sardin!

Aplikasi Pengawetan Makanan (Pembungkusan Vakum)



Fahami langkah-langkah dan kaedah menggunakan mesin vakum untuk tujuan pengawetan makanan.

Thursday, 2 May 2013

Cara Pengawetan Makanan (Penjerukan)

"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi penjerukan:

- Proses merendam makanan dalam bahan yang menghalang pembiakan mikroorganisma.

Contoh larutan perendam ialah:

> Larutan garam (masin)
>Larutan gula (manis)
> Cuka (masam)

Contoh makanan:


> Buah: Jeruk mangga


> Sayur: Jeruk timun






Cara Pengawetan Makanan (Pendidihan)


"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi pendidihan:

- Proses memanaskan bahan makanan pada suhu yang tinggi.

Kaedah pendidihan ialah:

1) Bahan makanan dimasukkan ke dalam bekas pemanas dan dipanaskan hingga mendidih.

2) Bahan makanan pantas disejukkan selepas pendidihan

Positif VS Negatif

Kebaikan kaedah ini ialah:

*Dapat membunuh mikroorganisma dengan pantas.
*Rasa dan tekstur makanan dapat dikekalkan.



Tuesday, 30 April 2013

Cara Pengawetan Makanan (Pempasteuran)

"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi pempasteuran:

- Proses memanaskan makanan pada suhu tinggi selama beberapa saat.

Kaedah pempasteuran ialah:

1) Panaskan makanan pada suhu tinggi mengikut waktu yang telah ditetapkan.

2) Kemudian, sejukkan makanan dan bungkus dengan serta-merta.

Positif VS Negatif

Kebaikan kaedah ini ialah:

* Rasa dan kelazatan makanan dapat dikekalkan.

Contoh makanan:


> Jus buah


> Susu





Cara Pengawetan Makanan (Pembungkusan Vakum)

"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi pembungkusan vakum:

- Proses mengeluarkan udara dari bekas kedap udara seperti beg atau botol.

Positif VS Negatif
Kebaikan kaedah ini ialah:

* Menghalang pembiakan mikroorganisma

Contoh makanan:


> Sosej


> Kacang


> Daging


> Susu tepung





Tuesday, 23 April 2013

Cara Pengawetan Makanan (Pengetinan & Pembotolan)

"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi pembotolan dan pengetinan:

- Proses dimana makanan dipanaskan kemudian diisi dalam bekas yang dipetri

Kaedah pembotolan dan pengetinan ialah:

1) Makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma.

2) Kemudian makanan serta-merta disimpan dalam botol/tin kedap udara.

Positif VS Negatif

Kebaikan kaedah ini ialah:

* Makanan tahan lama

Keburukan kaedah ini ialah:

* Rasa berubah dan nutrien hilang

Contoh makanan:


> Ikan


>Sayur


>Daging


>Buah





Pengawetan Makanan

"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Definisi Pengawetan Makanan:

- Satu proses yang melambatkan makanan menjadi rosak.

Cara-cara Mengawet Makanan:

Terdapat banyak cara untuk mengawetkan makanan. Anda perlu menetapkan cara mengawet yang betul, sesuai dengan jenis makanan yang akan diawetkan supaya makanan tahan lebih lama. Antara senarai ringkas cara-caranya ialah:
1) Pembotolan atau pengetinan
2) Pelilinan
3) Pengasinan
4) Pembungkusan vakum
5) Pempastueran
6) Penjerukkan
7) Pengasapan (salai)
8) Pengeringan
9) Pendidihan
10) Penyejukbekuan atau penyejukkan

*Sila rujuk entri seterusnya untuk keterangan lebih lanjut mengenai cara-cara pengawetan makanan.

____________________________________________________________________
Mari menghafal bersama Cikgu Kasmah!


Akronim (Cara-cara Pengawetan Makanan)

Sasha - salai

Awek - asin

Boboy - botol

Jumpa - jeruk

Laki - lilin

Tuan - tin

Vila - vakum

Di - didih

Padang - pastuer

Sekolah - sejuk

Kebangsaan - kering




Saturday, 13 April 2013

Pembiakan Mikroorganisma


"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Pembiakan mikroorganisma merupakan faktor utama yang menyebabkan kerosakan makanan. Mikroorganisma boleh terbentuk dalam pelbagai cara seperti:

*Kulat

*Bakteria

*Pengeluaran enzim yang menghuraikan makanan

*Pengeluaran bahan toksik yang menjadikannya beracun

Keadaan untuk pembiakan mikroorganisma pula ialah:

=) Udara

=) Air (kelembapan)

=) Nutrien

=) Suhu yang sesuai (suam)

=) Keasidan yang sesuai

_____________________________________________________________________

Mari menghafal bersama Cikgu Kasmah!


Akronim (Keadaan Pembiakan Mikroorganisma)

Kamil - keasidan

Usha - udara

Anak - air

Nenek - nutrien

Sebelah - suhu








Definisi Makanan Rosak



"Dengar sini semua, guru Sains nak bercerita"

Makanan rosak terjadi disebabkan beberapa faktor seperti terdedah kepada bakteria dan kuman dari kawasan sekeliling.

Antara ciri-ciri makanan rosak ialah:

> Bau tidak menyenangkan

> Berubah rasa (makanan berasa masam)

> Berubah warna (makanan bertukar kekuningan)

>Berubah tekstur (makanan menjadi berlendir)

> Berkulat (terdapat tompok hitam & putih pada makanan)

____________________________________________________________________

Mari menghafal bersama Cikgu Kasmah!


Akronim (Ciri-Ciri Makanan Rosak)

Banglo - bau

Teacher - tekstur

Kasmah - kulat

Runtuh - rasa

Weh! - warna